Bismillahir Rahmaanir Rahiim,
Alhamdulillah, pada hari rabu yang bertarikh 5 Mac 2014, kami telah menerima kehadiran seorang Ustaz daripada semenanjung yang mana beliau ini merupakan orang yang tidak kurang pentingnya dalam gerakan dakwah Sunnah. Beliau ialah Ustaz Mohd Riza Kamaruddin.
Meminta nasihat kepada orang yang lebih ahli dan lebih berilmu merupakan salah satu sikap yang harus ada pada setiap mereka-mereka yang bergelar sebagai Tholibul 'Ilmi. Maka, kami mengambil kesempatan untuk meminta kepada beliau suatu nasihat buat kami ataupun yang lebih khusus lagi kepada pemuda Sunnidi Kota Kinabalu.
Berikut, nasihat beliau yang insya-Allah akan kami kongsikan di ruangan ini.
"Bismillah, alhamdulillahi was sholatu wassalamu 'ala rosulillahi wa 'ala alihi wa ashhabihi wa mau wa laa, amma ba'ad.
Untuk Adinda saya semuanya di Kota Kinabalu, saya suka berpesan kepada antum semua untuk terus memahami Manhaj Sunnah ini, tidak lain dan tidak bukan, antum semua kena sering hadir dalam majlis ilmu dan antum saya nasihatkan supaya memiliki kitab. Supaya, segala ilmu yang kita pelajari itu dapat kita cernakan dengan pembacaan kita yang lebih baik. Supaya ia lebih terus memantapkan aqidah dan manhaj kita.
Kerana di luar sana, kita dilingkungi dengan fitnah yang pelbagai . Maka untuk mencernakan semua fitnah, tohmahan dan sebagainya itu tidak lain dan tidak bukan dengan ILMU. Jadi, saya menyeru kepada semua adinda saya, supaya antum jangan tinggalkan majlis ilmu. Paling tidak, seminggu sekali antum mesti hadir jika punya kelapangan yang baik, di mana sahaja ada jadual pengajian yang antum kenal, guru yang bermanhaj Salaf, maka sebolehnya antum semua tidak menguzurkan diri untuk terus tetap belajar dan berdiskusi dengan para asatizah yang semanhaj dengan kita.
Kerana, untuk menelusuri gerak kerja salaf ini bukan suatu perkara main-main, sebab kita terlalu banyak halangan dan rintangan yang menanti kita bahkan musuh ada di sekeliling kita tanpa kita sedar sering merencana dan mengatur strategi untuk menghadapi kita. wallahu'alam." Selesai perkataan Ustaz.
Semoga bermanfaat buat kita semua.
Disampaikan oleh: Ustaz Mohd Riza Kamaruddin
Bertempat Di: Hotel Zara Beautique
Pada Pukul: 2347 PM.
Tanggal: 6 March 2014.
Transkrip oleh: Aljimar Almahir
Bertempat: Country Height.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan